Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang memaklumkan rumah tersebut dimasuki suspek kira-kira pukul 3.45 pagi.

“Ketika kejadian, remaja tersebut berada di dalam rumah bersama nenek, ibu saudara dan adiknya.

“Selain wang tunai, suspek turut melarikan empat unit telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini,

Menurut Shafa’aton, kesemua suspek menutup muka serta memakai sarung tangan ketika memecah masuk rumah terbabit dan pihaknya mengesyaki mereka adalah warga asing.

Tambahnya, kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata. - UTUSAN ONLINE