Mustafa Kamal

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 54 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Sarjan Lim’ semalam.

“Mangsa diberi­ta­hu waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah ke atas mangsa kerana didakwa terlibat dalam pemalsuan kad kredit Maybank dan mang­sa menerima bayaran RM273,000,” katanya dalam kenya­taan hari ini.

Mustafa berkata, mangsa diarahkan oleh lelaki berkenaan untuk memberi nombor akaun bank milik mangsa dan setelah diberi semua maklumat dipinta, mangsa menerima mesej berlaku tiga transaksi pemindahan wang.

Mustafa Kamal berkata kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang bertugas sebagai penyelia di sini yang dihubungi seorang individu mendakwa dari Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 November lalu.

Menurutnya mangsa didakwa oleh individu berkenaan bahawa mangsa perlu hadir ke mahkamah untuk kes pinjaman kad kredit.

Mangsa telah diarahkan untuk membuat pemindahan wang ke dua akaun bank berbeza berjumlah keseluruhan RM6,300 pada 21 November dan 3 Disember lalu. – BERNAMA