Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, pada 11 Ogos tahun lalu, mangsa berusia 52 tahun menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai bank di Tawau, Sabah.

“Suspek memaklumkan mangsa mempunyai tunggakan pinjaman bank dan kad kredit yag tidak wujud.

“Suspek kemudian menyambung panggilan itu kepada seorang yang menyamar sebagai anggota polis. Mangsa dimaklumkan terlibat dengan jenayah wang haram sehingga namanya bakal disenarai hitam,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mangsa diarahkan memindahkan wang dalam akaun simpanannya ke akuan suspek kononnya untuk siasatan.

“Selepas memindahkan wang, mangsa menyedari ditipu dan telah membuat laporan polis semalam,” katanya. - UTUSAN ONLINE