Pemandu lori, Mohammad Safarull Akmar Jamaludin, 33, dan Suraya Hanim Hanis Abdullah, 27, dijatuhi hukuman itu setelah mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah, Flora Damansara, Jalan PJU 8/8A, Bandar Damansara Perdana dekat sini hari ini kira-kira pukul 5.30 petang, 7 Mac lalu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Hilmiah Yusof turut memberikan nasihat kepada pasangan itu supaya belajar untuk mengawal kemarahan dan mendidik anak dengan lebih berhemah.

“Saya faham kamu merotan untuk mendidik kerana anak kamu mencuri dan nakal, namun kesan kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak tersebut seolah-olah kamu melepaskan ge­ram dan kemarahan.

“Kamu kena ingat anak ini adalah anugerah Allah, jangan kerana dia kanak-kanak, kamu perlakukan dia sebegitu rupa. Satu badan penuh birat dengan luka,” kata beliau.

Mengikut pertuduhan, Mohamad Safarull Akmar yang merupakan bapa tiri kanak-kanak tersebut dan iste­rinya yang juga ibu kandung mangsa didakwa dengan mencapai niat bersama telah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki mereka yang berusia 10 tahun ketika kejadian de­ngan merotan bahagian kedua-dua belah tangan dan kaki.