Difahamkan suspek yang juga dikenali sebagai Roger Ng, 51, itu juga akan disoal siasat polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Unit Anti-Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Sumber portal berita The Malaysian Insight memberitahu, soal siasat membabitkan AMLA adalah berasingan daripada soal siasat yang dijalankan oleh JSJK.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, proses ekstradisi suspek sedang berjalan dan dia ditahan berdasarkan waran tangkap dipohon oleh kerajaan AS. - UTUSAN ONLINE