Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, dadah yang dilupuskan itu merupakan barang kes antara tahun 2009 hingga 2016 melibatkan 131 kes pelbagai kesalahan dadah.

“Antara bahan bahan terlarang yang dilupuskan ialah bahan kimia seberat 31.40 kilogram, methamphetamine (4.70kg), kanabis (18.73kg), heroin (5.47kg), ketamin (3.10kg), syabu (2.02kg), nimetazepam (1.01kg) dan 60 liter ubat batuk bernilai RM9.8 juta,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Asisten Komisioner Lukas Aket.

Mohd. Khalil berkata, jumlah barang kes yang dilupuskan pada tahun ini oleh JSJN Johor itu menunjukan trend penurunan berbanding dua tahun sebelumnya.

Tambahnya, bagi tahun 2016, JSJN melupuskan sebanyak 2,782 kilogram pelbagai jenis dadah, 9,020 liter cecair mengandungi dadah dan 28.24 tan bahan kimia pada tahun 2017 pula sebanyak 2,863 kilogram dadah dilupuskan. - UTUSAN ONLINE