Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan gantung kerja sudah diambil terhadap tujuh pegawai dan anggota yang terlibat.

Mohamad Fuzi
MOHAMAD FUZI

“Kertas siasatan sudah lengkap dan kita masih menunggu arahan DPP untuk tindakan lanjut.

“Tindakan dalam ja­batan juga sudah dilakukan iaitu mengantungkan tugas tujuh pegawai dan anggota polis yang terlibat,” katanya selepas menghadiri Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga PDRM di Maktab PDRM, Cheras di sini hari ini.

Pada 27 September lalu, siasatan dilakukan terhadap dakwaan seorang pelabur kehila­ngan wang tunai berjumlah RM7.9 juta selepas unit kondominium di Jalan U-Thant, Lorong Ampang di sini digeledah sepasukan polis Jabatan Narkotik Ibu pe­jabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 8 September lalu.

Semasa kejadian pemilik wang terbabit yang ber­usia 50 tahun berada di Jakarta, Indonesia dan men­dakwa apabila dia pulang semula ke kondominium tersebut, didapati duit RM7.9 juta miliknya serta beberapa rangkai kunci kereta mewah hilang.