Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khui Khon Chiang berkata, turut ditahan dalam operasi tersebut seorang lelaki berusia 41 tahun yang merupakan pemandu lori.

"Pasukan operasi yang menjalankan intipan pada pukul 3 pagi mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan sebelum bertindak menghampiri lori berkenaan.

"Menyedari diekori, pemandu lori bertindak memecut kenderaan itu sebelum dipintas anggota PPM Wilayah Dua berhampiran Universiti Tun Hussein Onn," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Markas PPM Wilayah Dua di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE