Acryl Sani Abdullah Sani
Acryl Sani Abdullah Sani

Itu antara taktik digunakan satu sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang dikesan bergerak aktif di enam buah negeri membabitkan Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, sindiket berkenaan akan menggunakan kekerasan dan bertindak ganas termasuk me­ngugut dan me­nyimbah cat di kediaman pe­minjam sekiranya mereka gagal melunaskan pinjaman sehingga mengundang ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan mangsa.­

Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama Pasukan Siasatan Jenayah Pe­ng­ubahan Wang Haram Bukit Aman menjalankan gerakan memberkas dalang utama dan 30 ahli sindiket termasuk empat wanita berusia antara 23 dan 40 tahun dalam serbuan serentak di negeri-negeri tersebut sejak semalam.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, menerusi operasi Vulture itu, antara ditahan ialah ketuanya di Puchong, Selangor termasuk 30 anggotanya yang terdiri daripada pengurus, pemberi dan pengutip hutang serta pekerja am.

Menurutnya, operasi tersebut dijalankan selepas pihaknya me­lakukan risikan selama tiga bulan selepas menerima 340 laporan da­ripada mangsa sindiket dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

 

“Dalam serbuan ini, turut dirampas adalah wang tunai berjumlah RM25,850, 16 kenderaan pelbagai jenis, 17 telefon bimbit, barang kemas, empat utas jam tangan berjenama, 38 keping kad mesin pengeluaran automatik (ATM) milik peminjam, 14 buku akaun simpanan bank dan 10 unit komputer riba.

“Selain itu, kita juga me­nyita dua buah rumah milik ahli sindiket di Nilai, Negeri Sembilan dan jumlah keseluruhan rampasan yang dijalankan setakat ini sudah mencecah RM1.3 juta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Acryl Sani berkata, jumlah sebenar mangsa masih dalam siasatan, namun setakat semalam jumlah peminjam dalam senarai yang dirampas menunjukkan kira-kira 1,500 individu dari seluruh negara telah menggunakan ‘khidmat’ sindiket tersebut.

Ujarnya, operasi dan serbuan berterusan akan dilakukan bagi membanteras kegiatan tersebut namun masyarakat perlu sedar bahawa tindakan meminjam da­ripada kumpulan itu membawa lebih kemudaratan daripada ke­senangan.

“Tanggungjawab untuk membanteras kegiatan ah long bukan terletak pada bahu pihak berkuasa semata-mata kerana kewujudan sindiket ini adalah kerana adanya permintaan daripada masyarakat sendiri. Oleh itu, ke­sedaran orang awam amat dihargai supaya ke­giatan ini dapat ditangani secara muktamad,” ujarnya.

Tambah Acryl Sani, kesemua suspek akan disiasat di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang 1952 serta Akta Pencegahan Pe­ngubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.