Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, perintah sambung reman terhadap pengasuh dan suaminya yang masing-masing berusia 28 dan 36 tahun itu dibuat selepas tempoh reman mereka tamat hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, kedua-dua suspek tersebut ditahan selepas Nur Muazara Ulfa atau mesra dipanggil Zara, meninggal dunia Jumaat lalu selepas dua hari dilaporkan tenat dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh.

Hasil bedah siasat oleh pihak Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah impak tumpul pada kepala yang mana tempurung kepalanya pecah dan terdapat kesan lebam pada bahagian atas kepala kiri dan kanan.

Selain itu, terdapat kesan koyakan baharu pada selaput dara selain dubur mangsa dipercayai akibat penderaan seksual. - UTUSAN ONLINE