Perintah reman sehingga 17 April itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman selepas lelaki berusia 49 tahun tersebut dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.20 pagi dengan berpakaian lokap.

Lelaki itu sebelum ini ditahan reman selama enam hari sejak 7 April lalu.

Sementara tiga pemain MIFA yang sebelum ini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran disyaki menerima rasuah kerana mengatur keputusan perlawanan liga berkenaan telah dibebaskan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Nik Isfahanie Tasnim membenarkan ketiga-tiga lelaki berkenaan dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 setiap seorang.

Ketiga-tiga lelaki yang terdiri daripada seorang pemain import berusia 29 tahun manakala dua lagi warga tempatan ma­sing-masing berusia 26 dan 27 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret dengan berpakaian lokap.

Siasatan awal SPRM mendapati tiga lelaki tersebut telah menerima wang rasuah antara RM10,000 dan RM30,000 daripada bookie untuk menentukan keputusan perla­wanan.- UTUSAN ONLINE