Majistret Ahmad Afiq Hassan membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh reman lelaki itu bagi siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Selasa lalu, suspek berumur 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.35 petang di Ibu pejabat SPRM di sini selepas hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek me­nerima suapan lebih RM2 juta daripada sebuah syarikat sebagai balasan bagi meluluskan nota kredit untuk tujuan rebat, insentif dan pengiklanan komponen komputer kepada penjual yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Sementara itu katanya, selain suspek, beberapa lagi individu sedang dikesan SPRM bagi membantu siasatan bagi kes yang sama.