Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyambung reman kedua-dua lelaki itu sehingga Jumaat ini.

Pada masa sama, mahkamah sama membenarkan dua individu lain yang masing-masing merupakan pengarah syarikat dan pengurus projek dibebaskan dengan jaminan tunai RM10,000 dan RM15,000.

Mereka sebelum ini direman tujuh hari bermula 30 November lalu.

Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari pada 29 November lalu di sekitar Kuala Lumpur.

Hasil penahanan itu, akaun bernilai RM4 juta milik syarikat terlibat turut dibekukan kerana disyaki hasil bersekongkong dengan anak saudara Menteri Besar terbabit.

Syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit. - UTUSAN ONLINE