Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, lanjutan perintah tahanan reman bermula esok sehingga 29 September itu diperoleh selepas tempoh reman sebelumnya tamat pada hari ini.

Katanya, proses mendapatkan perintah reman dijalankan di Lokap Berpusat Jinjang, di sini.

Sebelum ini, media mela­porkan sebanyak 21 pelajar dan dua warden maut dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada pukul 5.15 pagi, Khamis lalu.

Susulan itu, polis menja­lankan siasatan selepas mendapati terdapat unsur khianat dalam kejadian tersebut sete­rusnya menahan tujuh suspek lelaki berusia antara 11 dan 18 tahun.

Kesemua suspek kemudian ditahan reman selama tujuh hari bermula 16 September lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khia­nat dengan api.