Perbuatan terkutuk itu dipercayai dilakukan oleh bapa dan datuk mangsa, yang masing-masing berusia 39 dan 63 tahun di tempat berbeza di Malim Nawar.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, mangsa telah menceritakan hal tersebut kepada ibunya sebelum tampil membuat laporan polis.

Sehubungan itu katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Kampar untuk pemeriksaan.

"Hasil temu bual pegawai perubatan di Hospital Kampar yang menjalankan pemeriksaan awal mendapati terdapat 'old hymenal tears' pada kemaluan mangsa.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan oleh pakar sakit puan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pula mendapati terdapat koyakan lama pada bahagian selaput dara mangsa dipercayai kesan kemasukan objek tumpul seperti zakar," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua suspek tersebut telah ditangkap dan direman sehingga 12 Januari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE