Kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 30 tahun itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Kota Aur dekat sini pukul 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis turut merampas tiga plastik lutsinar berisi dadah dipercayai heroin serta dua paket lutsinar dan dua keratan straw berisi dadah jenis syabu.

Menurutnya, kesemua dadah itu adalah untuk kegunaan sendiri dan dianggarkan bernilai RM350.

“Kesemua mereka direman selama lima hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE