Kejadian kira-kira pukul 7 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 15 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan abangnya yang mempunyai masalah mental.


“Suspek yang merupakan abang mangsa berusia 30 tahun menikam mangsa menggunakan pisau.


“Mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - UTUSAN ONLINE