Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, berdasarkan risikan, polis menahan tiga suspek tersebut beberapa lokasi di kawasan Sungai Plan, Tanjung Kidurong dalam serbuan Op Lejang.

“Kesemua suspek ditahan berusia 18 hingga 34 tahun dan hasil semakan rekod jenayah mendapati dua suspek mempunyai rekod jenayah rompak serta curi kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis berjaya menemukan sebuah enjin motosikal serta komponen lain di hadapan rumah seorang daripada suspek dan mendapati motosikal tersebut dilaporkan hilang pada 24 Mac lepas.

“Ketiga-tiga suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Pusat Bintulu untuk siasatan,” ujarnya. - BERNAMA