Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi itu mangsa didatangi dua lelaki bermotosikal dengan salah seorang daripadanya berpura-pura ingin bertanya sesuatu kepada mangsa manakala rakannya meluru ke arah dua rakan mangsa dan melibas parang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek terbabit kemudiannya merampas beg milik mangsa sehingga kerugian RM450 serta mencederakannya.

“Mangsa mengalami luka di tiga jari kanan, luka goresan di lengan kiri dan satu tetakan di bahagian belakang sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk siasatan.

“Hasil semakan mendapati suspek menaiki motosikal jenis Honda Wave namun nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Sekayen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata. - UTUSAN ONLINE