Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam, mangsa Chin Huey Kei, 19, cedera di bahagian pipi kanan, perut kiri dan kanan serta di bahagian leher.

Tikaman itu juga menyebabkan pisau itu terpacak di pipi kanan mangsa yang berasal Taman Chai Leng dekat Perai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, mangsa dipercayai sedang menuju ke keretanya yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kerjanya.

“Polis masih mengesan suspek berdasarkan saksi awam serta rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE