Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan memerintahkan semua pihak memfailkan penghujahan bertulis masing-masing sebelum pukul 5 petang, Khamis ini.

Ketika menyampaikan ucapan penutupnya, Mohd. Sidek menyatakan sebanyak 42 dokumen dimasukkan sebagai keterangan sepanjang sembilan hari pendengaran mulai 21 Ogos lalu di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini.

Saksi terakhir ialah Rizal Ishak sebelum itu memberi keterangan berhubung tahap kesihatan bapanya, Tan Sri Ishak Tadin, 86, yang pernah memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara. - UTUSAN ONLINE