Syarul Ema berkata, dia hadir bersama dua peguamnya kira-kira pukul 10 pagi tadi untuk diambil keterangan berhubung sebuah video melibatkan isu pengundi warga Bangladesh.

“Proses ambil keterangan berjalan dengan baik dan saya sedia memberi kerjasama. Buat masa sekarang, saya sedang menantikan tindakan seterusnya daripada SKMM,” katanya.

Proses mengambil keterangan dijalankan enam pegawai SKMM termasuk tiga pegawai forensik.

SKMM turut merampas telefon bimbit dan kad sim milik Syarul Ema. - UTUSAN ONLINE