Menurut Pengarah SPRM ne­geri, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad, rasuah berkenaan dipercayai sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan kemajuan kerja bulanan yang dibuat oleh pengadu berusia 40-an bagi mendapatkan tuntutan daripada pihak TNB.

Lelaki berkenaan yang ditahan di pejabat SPRM Cawangan Langkawi kira-kira pukul 5.30 petang semalam disyaki melakukan ke­giatan itu pada April lalu, membabitkan satu projek membina sebuah pusat latihan dan rumah rehat agensi berkenaan di Pantai Tengah, Langkawi.

“Siasatan awal mendapati suspek meminta dan menerima wang berkenaan agar kerja dilakukan pengadu diluluskan, sekali gus membolehkan dia menerima bayaran daripada TNB,” katanya di sini hari ini.

Suspek berusia 36 tahun itu kemudian direman tiga hari mulai hari ini setelah dibawa ke Mahkamah Majistret Langkawi oleh SPRM kira-kira pukul 1 petang.

Perintah reman tersebut dike­luarkan oleh Majistret Nurshahi­da Abdul Rahim mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan siasatan dibuat mengikut Sek­syen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.