Menurut sumber, suspek berusia 37 tahun yang ditahan di sebuah hotel di bandar raya ini pukul 2.40 petang semalam disyaki meminta sejumlah wang rasuah daripada seorang pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan Petroleum.

“Hasil siasatan yang dijalankan, suspek disyaki telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM 30,000 daripada pengurus projek berkenaan supaya tidak diambil tindakan memasang Mesin Angkat (Grip Hoist) tanpa mendapat kebenaran pihak JKKP.

“Dalam satu serbuan yang dibuat di rumah suspek, pasukan penyiasat menjumpai wang tunai berjumlah kira-kira RM 18,505 yang disembunyikan di bilik dan bawah tangga kediaman suspek.Turut dirampas beberapa dokumen berkaitan projek berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata suspek akan dihadapkan ke mahkamah petang ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE