Menurut sumber, suspek berusia 57 tahun itu ditahan di pejabat SPRM cawangan berkenaan pukul 2.30 petang selepas disyaki menerima wang tersebut daripada pengurus sebuah syarikat pengurusan program dan acara sebagai balasan menyokong permohonan menganjurkan program di daerah itu pada tahun ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias yang mengesahkan penahanan itu berkata, suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok bagi permohonan reman. - UTUSAN ONLINE