Suspek berusia 56 tahun dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pada pukul 11.45 pagi ini dengan menaiki sebuah kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nor Faizah Abdullah mengeluarkan perintah reman enam hari bermula hari ini hingga Selasa depan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan, Datuk Moh Samsudin Yusoff berkata, suspek ditahan pada pukul 3.30 petang di sebuah restoran di Kubang Kerian kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah bernilai RM3,500.

Katanya, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE