Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman membenarkan permohonan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 17 September ini ke atas kelima-lima mereka.

Permohonan reman dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Fadly Mohd. Zamri.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Sekyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Mereka ditahan dalam operasi serentak yang dilancarkan di beberapa lokasi di negeri ini semalam. - UTUSAN ONLINE