Mereka yang masing-masing berpangkat sarjan, lans koperal dan koperal disyaki berpakat meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada seorang lelaki.

Perbuatan tersebut dipercayai sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mangsa yang dikatakan terlibat dalam aktiviti penjualan dadah di negeri ini.

Kesemua suspek yang berusia 29 hingga 51 tahun masing-masing ditahan semalam di Jalan Besar berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dan pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini.

Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Haryatie Mohd. Saini di sini kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Permohonan dibuat bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE