Pengarah SPRM Sabah, Datuk Sazali Salbi berkata, suspek wanita berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.15 petang semalam susulan aduan yang diterima pada Selasa lalu.

Katanya, siasatan mendapati suspek meminta wang sogokan sebanyak RM1,000 pada 15 Ogos lalu untuk memastikan enjin bot milik pengadu tidak dirampas oleh PPDNKK.

“Wang rasuah itu sebagai dorongan untuk melepaskan bot dan enjin milik pengadu yang telah dirampas oleh pihak PPDNKK atas kesalahan menyeludup 10 tong gas petroleum cecair (LPG).

“Wang tunai RM500 telah diserahkan oleh pengadu pada hari sama pada 15 Ogos lalu manakala baki wang sebanyak RM500 lagi akan diserahkan pada hujung bulan ini,” kata­nya di sini hari ini.