Kedua-dua anggota berpangkat Lans Koperal dan Koperal berusia 32 serta 39 itu ditahan antara pukul 12.10 hingga 12.40 tengah hari di pejabat mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini.

Menurut sumber SPRM, siasatan awal mendapati suspek meminta wang sebanyak RM2, 500 daripada seorang lelaki berusia 30-an tahun sebagai dorongan untuk melepaskannya daripada ditahan kerana memiliki syabu pada 7 Ogos lalu.

Katanya, kedua-dua suspek juga dipercayai telah menerima suapan pendahuluan sebanyak RM500 pada hari kejadian.

“Manakala siasatan awal mendapati, mangsa turut membuat transaksi bayaran menerusi bank berjumlah RM300 pada keesokkan harinya.

“Anggota polis itu kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 22 Ogos ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Cindy Mc Juce Balitus di Mahkamah Majistret di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE