Perintah tahanan reman bermula hari ini hingga Ahad itu dikeluarkan Pendaftar Kanan Mahkamah Sesyen Alor Setar, Rusmini Mat Rashid.

Perintah tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dijalankan terhadap kesemua suspek.

Akhbar melaporkan dua anggota polis berpangkat sarjan mejar dan koperal antara yang ditahan SPRM di Kulim, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 57 dan 53 tahun itu ditahan di tempat kerja masing-masing antara pukul 9 pagi hingga 10 pagi. - UTUSAN ONLINE