Datuk Azmi Nordin,58 yang kini bertugas sebagai Pengarah Bahagian Silvikultur dan Pemeliharaan Biologi Hutan, Pejabat Hutan Semenanjung bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan, di hadapan hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Bagi pertuduhan pertama, pada 3 Mac 2013 Azmi didakwa menerima suapan bernilai RM30,000 melalui akaun Malayan Banking Berhad milik Azhar Nordin daripada kontraktor balak, Yew Keong Fah untuk memperoleh kelulusan membalak di Kompartmen 36b dan 40a, Hutan Simpan Hulu Terengganu, Mukim Tersat.

Pada 16 Jun 2013, tertuduh didakwa menerima suapan buat kali kedua RM20,000 daripada kontraktor yang sama melalui akaun Malayan Banking Berhad milik Syarikat D Laman Kulturakebunan bagi mendapat kelulusan membalak di kawasan yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga pula, pada 13 Ogos tahun yang sama, Azmi didakwa menerima suapan RM10,000 melalui akaun Malayan Banking Berhad milik syarikat yang sama dan daripada individu yang sama.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan 8 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - UTUSAN ONLINE