Menurut sumber, suspek berusia 57 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Perak pada pukul 11.20 pagi tadi selepas dipanggil untuk memberi keterangan.

“Suspek dipercayai menerima bayaran bagi pembinaan rumah banglo miliknya yang dianggarkan bernilai lebih RM450,000 daripada seorang kontraktor yang mempunyai urusan rasmi dengan tertuduh dalam satu kontrak kerja infastruktur melibatkan anak syarikat Kerajaan Negeri Perak,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Ujarnya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh esok bagi pendakwaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.- UTUSAN ONLINE