Menurut SPRM, perbuatan rasuah itu dilakukan kesemua suspek berusia 29 hingga 33 tahun sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi seorang guru.

Katanya, seramai empat suspek termasuk seorang wanita yang ditahan sekitar Rompin, Pahang dan Permas Jaya, di sini kelmarin kerana dipercayai terlibat meminta rasuah telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari dari Mahkamah Majistret di sini hingga 15 Ogos ini.

Sementara dua lagi wanita termasuk seorang daripadanya merupakan Pembantu Jualan yang ditahan di sebuah rumah di Permas Jaya di sini semalam mendapat perintah tahanan reman daripada mahkamah sama selama lima hari hingga Isnin ini.

"Siasatan awal yang diperolehi oleh pasukan siasatan dengan kerjasama pasukan dari unit integriti institusi kewangan tersebut mendapati suspek-suspek tersebut telah terlibat meminta wang rasuah sebagai balasan menguruskan pinjaman peribadi yang melibatkan jumlah RM190,000," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan tersebut. - UTUSAN ONLINE