Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman selepas dimohon Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Renifezri Mohamad.

Anggota polis berusia lingkungan 30-an itu ditahan semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM3,000 agar tidak mengambil tindakan terhadap suspek dalam kes penyalahgunaan dadah.

Perintah tahanan reman itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. - UTUSAN ONLINE