Tertuduh, Mohd. Iruwan Ismail, 36, dan Osman Jamaluddin, 37, bagaimanapun tidak mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.

Mohd. Iruwan dan Osman dituduh meminta suapan iaitu wang tunai RM6,000 daripada Hendragunawan Murat di Kilometer 55, Lebuh Raya E22 Senai-Desaru, Kota Tinggi pukul 1.45 petang pada 25 Mac 2016 dan menerima wang tunai RM2,000 daripada lelaki Indonesia itu di sebuah restoran di Jalan Suria 3, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pukul 7.05 malam pada hari yang sama. 

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap Hendragunawan sebagai dorongan untuk koperal polis itu agar melepaskan lelaki itu yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26C Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan migrain 2007. 

Bagi perbuatan itu, kedua-dua tertuduh didakwa Seksyen 16(a)(B) dan 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.

Mahkamah menetapkan 19 September ini sebagai sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE