Orang awam yang menemukan rangka berkenaan memaklumkan kepada pihak polis mengenai perkara itu kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Ismail Che Isa berkata, jantina rangka itu dipercayai seorang lelaki berdasarkan cebisan pakaian yang dipakai.

"Identiti rangka itu masih belum dikenal pasti dan proses bedah siasat akan dijalankan di Hospital Gerik esok.

"Sebelum ini, terdapat laporan orang hilang membabitkan orang kurang upaya (OKU). Kita percaya ia ada kaitan, justeru DNA keluarganya akan diambil," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE