Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, pemeriksaan ke atas dua buah kereta jenis Honda City dan Kia Forte yang disewa suspek menemukan heroin seberat 7.007 kilogram, syabu (2.110 kilogram) serta eramin 5 (54 gram).

“Semua suspek dari Kuala Lumpur itu dipercayai anggota sindiket kerana masing-masing mempunyai tatu ikan di bahu kiri dan cuba mengedarkan bahan terlarang itu di daerah ini.

“Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan semua suspek direman selama seminggu sehingga 20 Disember ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE