Menurut MAQIS, rampasan dibuat di laluan penumpang dari Singapura ketika pelancong terbabit cuba membawa masuk anak-anak ikan terbabit tanpa mempunyai sebarang dokumen yang sah.

Jelasnya, pelancong terbabit menetap yang sementara di negara ini, membeli anak ikan serta tumbuhan akuatik hiasan di negara jiran terbabit untuk dipelihara.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati, terdapat ikan hiasan pelbagai spesies seperti 75 ekor ikan emas Carassius Auratus (Gold fish), 79 ekor Poecilia Reticulata (Guppy) dan 72 ekor Poecilia Latipinna Sailfin Molly (Molly).

“Perbuatan membawa masuk tanpa mempunyai permit yang sah daripada MAQIS menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Seksyen 11(3), akta yang sama.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

MQIS memberitahu, pihaknya sentiasa komited membuat pemeriksaan di pintu-pintu masuk negara bagi memastikan semua komoditi pertanian yang masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. - UTUSAN ONLINE