Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya akan menghantar kertas siasatan tersebut kepada Peguam Negara apabila siap nanti.

“Buat masa ini, kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Baru-baru ini, satu laporan polis dibuat mangsa yang bertugas sebagai juruoptik dengan mendakwa suspek melakukan perbuatan tersebut ketika menjalankan pemeriksaan mata terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman.

Suspek yang juga pegawai khas kepada timbalan menteri itu dipecat selepas Mohd. Azis mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes tersebut berikutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular dalam media sosial. - UTUSAN ONLINE