NUR ALYA DAMIA HAIRI
NUR ALYA DAMIA HAIRI

Suspek dan mangsa, Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga bekas pasangan kekasih bertemu di dalam sebuah kereta Proton Wira di Taman PD Permata di sini pada kira-kira pukul 9.30 malam bagi berbincang tentang hubungan mereka yang putus sebelum ini.

Menurut sumber polis, mereka kemudian bertengkar selepas mangsa dipercayai mengugut menyebarkan mesej dari aplikasi WhatsApp, gambar serta video yang dirakam sepanjang perkenalan mereka kepada kekasih suspek.

“Suspek berusia 19 tahun yang juga pelajar di kolej sama hilang sabar sehingga tercetus pergelutan dan bertindak mencekik leher mang­sa.

“Apabila menyedari mangsa tidak lagi bergerak dan darah keluar dari hidungnya, suspek menyangka mangsa hanya pengsan selepas memeriksa nadinya.

“Dia kemudian mengelap hidung mangsa yang berdarah menggunakan tuala kecil sebelum menolaknya keluar dari kereta di kawasan semak di tepi jalan berhampiran perumahan itu,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira 10.30 malam kelmarin, Nur Alya Damia yang juga pelajar tahun akhir jurusan Diploma Rang­kaian Komputer ditemukan mati dipercayai dibunuh.

Mangsa yang berasal dari Klang, Selangor sebelum itu keluar dari rumah sewa di Taman Selasih di sini untuk berjumpa suspek pada kira-kira pukul 9.30 malam, sebelum mayatnya ditemukan seorang pekerja kilang yang membuang sampah berhampiran lokasi kejadian.

Susulan itu, polis telah menahan suspek yang berasal dari Sungai Pelek, Sepang di Taman Selasih kira-kira 15 minit selepas penemuan mayat mangsa dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke­seksaan kerana membunuh.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa dicekik hingga mati dan terdapat kesan calar di lehernya dan lebam di beberapa bahagian anggota badan lain.

Sementara itu, sumber berkata, kereta Proton Wira yang digunakan suspek dalam kejadian itu adalah milik bapanya dan bagi kegunaannya semasa belajar di kolej tersebut.

Katanya, polis turut menemukan tuala kecil yang digunakan suspek bagi mengelap darah mangsa di lokasi kejadian.