Bapanya Mohd Haniff [email protected], 28, berkata laporan bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam tadi, sekadar menyatakan punca kematian sebagai ‘masih dalam siasatan’.

“Bagaimanapun doktor ada mengambil sampel darah anak saya untuk dihantar ke Jabatan Kimia dan saya difahamkan keputusan boleh diketahui dalam tempoh dua bulan,” katanya.

Mohd Haniff berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui selepas selesai urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu jenazah anak tunggalnya dibawa pulang dari HTAA sekitar pukul 9 malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ahnaf Hanafi disahkan meninggal dunia di sebuah klinik swasta di Indera Mahkota 5 di sini, sekitar pukul 2.30 petang semalam, beberapa jam selepas dihantar ke rumah pengasuhnya di Indera Mahkota 15.

Kanak-kanak itu dihantar sekitar pukul 8.10 pagi oleh kedua-dua ibu bapanya dalam keadaan baik, sebelum ibunya Rushidah Abdullah, 30, menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan Ahnaf Hanafi tidak sedarkan diri dalam keadaan mata terbeliak.- BERNAMA