Mohd. Rafi Ab. Aziz, 25, mengaku bersalah sambil merayu mahu berjumpa ibunya, Mea’ah Abd. Majid, 64, selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Berdasarkan pertuduhan, anak bongsu enam beradik itu didapati dengan sengaja menghentak kepala ibunya menggunakan batang besi mesin pemotong rumput sehingga menyebabkan kecederaan warga emas berkenaan di rumah mereka dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang pada 4 Januari lepas.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haryati Abdullah.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kejadian berpunca daripada suspek yang tidak berpuas hati apabila ibunya enggan memberikan duit. - UTUSAN ONLINE