Ketua Polis Daerah Manjung, Asistan Komisioner Muhammad Hanif Othman berkata, semua suspek ditahan di Jalan Pinang Raja, Manjung di sini pada pukul 6 petang dan 8 malam semalam.

Menurutnya, suspek yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan reman bermula hari ini dan motif sebenar masih dalam siasatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Muhammad Hanif meminta orang awam tidak mengambil tindakan sendiri walaupun niat mahu memberi pengajaran.

“Ini kerana akibat kesan daripada pukulan tersebut mungkin akan menyebabkan kematian yang sebegini.

“Sebaiknya tangkapan perlu diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut, biar undang-undang yang menentukan hukuman yang akan dikenakan,” katanya hari ini.

Semalam, seorang lelaki meninggal dunia setelah cedera dipercayai dipukul kerana disyaki mencuri buah kelapa sawit di Batu 10 Lekir di sini pada Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE