Kegiatan licik mereka itu ba­gaimanapun terbongkar selepas polis berjaya menahan keempat-empat suspek dalam serbuan Pa­sukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri di kawasan tersebut kelmarin.

Timbalan Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang, operasi lebih lima jam bermula pukul 2 petang itu turut melibatkan rampasan dadah syabu seberat 74.55 kilogram dan 29.35 kilogram serbuk ephedrine yang dianggarkan bernilai RM5.2 juta.

Tambah beliau, kesemua dadah itu ditemukan di sebuah bangsal yang dijadikan stor dan makmal memproses syabu.

“Kesemua suspek yang berusia antara 28 hingga 44 tahun itu ditahan di dalam bangsal tersebut yang dijadikan makmal memproses syabu. Ketika itu mereka sedang memproses dadah ber­kenaan.

“Siasatan awal juga mendapati kawasan berkenaan disewa suspek dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pemilik tanah terlibat,” kata­nya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pe­rak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua JSJN negeri, Asisten Komisioner V. R. Ravi Chandran.

Chez Chiang berkata, polis turut melakukan sitaan harta melibatkan dua buah kereta masing-masing jenis Perodua Kembara dan Proton Gen 2 serta seutas jam tangan mewah dengan nilai ke­seluruhan kira-kira RM30,000.

Tambah beliau, siasatan pi­haknya juga mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan kes rompak dan curi.

“Berdasarkan keadaan makmal haram itu, kesemua mereka berkemungkinan mendapat tunjuk ajar cara pemprosesan dadah berkenaan daripada rakan yang mungkin ahli kimia atau mempunyai pengetahuan tentang cara melakukannya.