Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata, ia susulan serbuan dilakukan polis dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah di sebuah kilang memproses da­ging dan kulit teng­giling secara haram di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) Selatan, Jalan Sepanggar-Manggatal, pada Kha­­mis lepas.

Omar berkata, dalam serbuan dan pemeriksaan di kilang itu kira-kira 8.46 malam, polis dan pegawai Jabatan Hidupan Liar Sabah turut merampas sebuah kenderaan serta 35 ekor tenggiling hidup disimpan di belakang bonet kereta itu selain turut menemui dua karung plastik berisi sisik tenggiling dan sebuah alat penimbang digital.

“Anggaran keseluruhan rampasan bernilai RM8.4 juta meliputi 61 tenggiling hidup, 361 ki­logram sisik tenggiling, 572 ekor tenggiling beku, tiga kontena berisi 1,860 kotak tenggiling beku, dua ketul kaki haiwan disyaki beruang, empat ekor keluang bakau beku dan beberapa kenderaan dirampas di kilang itu,” katanya dalam sidang akhbar di gudang itu, hari ini.

Omar berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berumur 35 tahun terbabit bertindak sebagai pengurus ki­lang yang dipercayai telah beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, suspek dipercayai membeli kesemua tenggiling itu daripada pemburu haram yang kemudian akan dikumpulkan sebelum dihantar ke kilang terbabit untuk dipro­ses oleh pekerja kilang. – BERNAMA