Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan pada pukul 10.53 malam.

Katanya, tiba di tempat kejadian dalam tempoh 3 minit kemudian, bomba mendapati terdapat kebakaran kecil di luar kedai berkenaan.

“Walau bagaimanapun, tiada operasi pemadaman dijalankan kerana api sudah berjaya dipadamkan semasa bomba sampai di tempat kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian, menemukan kesan ‘molotov coctail’ dipercayai dibaling ke kedai tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, bahan bukti telah diambil untuk mengenal pasti sama ada terdapat hidro karbon digunakan dalam insiden itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. - UTUSAN ONLINE