Komandernya, Asisten Komisioner Norzaid Mohammad Said berkata, barangan yang dirampas adalah 250 karton rokok jenama U2 Merah membabitkan nilai RM33,400 dan 720 tin arak pelbagai jenama dengan nilai RM6631.50.

Selain itu, katanya, pihaknya turut merampas sebuah kereta jenia Toyota Camry yang dianggarkan bernilai RM40,000 dan menahan seorang lelaki berusia 75 tahun bagi membantu siasatan.

“PPM Wilayah Tiga menerima maklumat awam berhubung perkara itu dan hasil pemantauan telah mengesan sebuah Toyota Camry dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota kita menahan kereta itu dan hasil pemeriksaan menemukan sejumlah rokok dan arak yang disyaki tidak sah disorokkan di beberapa bahagian dalam tempat penumpang serta bonet kereta itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norzaid berkata, suspek dan barangan rampasan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya. - UTUSAN ONLINE