Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan diketuai Inspektor Akram Mohd. Yusoff itu dilakukan pada pukul 10.35 pagi hasil maklumat orang awam dan risikan berkaitan kegiatan menyimpan rokok seludup.

"Hasil pemeriksaan, anggota menemukan 654 karton rokok yang dipercayai rokok seludup pelbagai jenama disimpan di sebuah bilik tidur di dalam kedai tersebut.

"Rokok seludup berkenaan dirampas dan pemilik kedai itu yang berusia 59 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Norzaid berkata, siasatan mendapati, rokok seludup berkenaan untuk dijual di sekitar kedai-kedai di daerah ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1957.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda sehingga 20 kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali," ujarnya. - UTUSAN ONLINE