Komandernya, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, penahanan dan rampasan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan Marin (URM) PPM Wilayah Tiga pada pukul 4 petang.

“Ketika ditahan, lelaki berusia 59 tahun dipercayai pemilik premis yang menempatkan rokok seludup bernilai RM57,500 termasuk cukai.

"Kes tersebut di bawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki rokok pelbagai jenama yang dipercayai barangan larangan atau seludup," katanya di sini hari ini. UTUSAN ONLINE